Sunday 7 September 2014

KESAYANGANKU..

ASSALAMUALAIKUM..

2 minggu lepas kucing saya 'oyen' telah selamat melahir kan 4 ekor baby meow yang sangat comel. Secara jujurnya saya xmenjangkakan oyen ni sedang bunting sebab dia nampak aktif atau mungkin saya x biasa dengan kucing bunting.tup tup dah beranak..punye la gembira x terkira..hehe.


KINI SAYA ADALAH YANG BARU

ASSALAMUALAIKUM

Terlalu lama x menjengok blog ni, setahun lebih rasanya. Cuma nk update sikit tentang kehidupan saya sekarang. Walaupun tak ada pembaca, pasti akan menjadi kenangan untuk saya nanti. 

Febuari 2013 saya berjaya mendapat kerja sebagai apprentice service advisor di syarikat milik anak melayu NAZA KIA MALAYSIA. Saya terpaksa menjalani kursus 3 bulan di Naza Kia Academy selama 3 bulan. Maka bermula kontrak bekerja saya selama 3 tahun (sekarang sudah tahun ke dua). Penuh suka duka saya hadapi sepanjang 2 tahun ini, malah saya dapat belajar begitu banyak perkara yang sudah mendewasakan saya.

hari pertama di NAM
Selepas kursus saya ditugaskan ke cawangan Naza Kia Malaysia PJ Red Cube. Sebenarnya sudah dapat dijangka saya terpaksa tinggalkan Kelantan memandangkan Kia tak ada kt kelantan..huhu sedih tapi demi mencari rezeki dan mengambil yang ada saya berhijrah ke Selangor. Semua boleh dikatakan berjalan lancar. Pada awalnya saya menyewa rumah bersama kawan2, tapi keadan agak tidak selesa and then mengambil keputusan untuk duduk dengan kakak saya dipuchong. Kat tempat kerja terus terang adalah tempat yang paling stress dan mencabar. Bayangkan hari dalam seminggu saya kena berdepan dengan berbagai jenis orang, berbagai jenis mood and saya tak sukakan nya. Tapi orang kata biasa la kerja mesti ada tekanannya, bukan hidup kalau tak ada cabaran. so im decide to let it flow...
 

Pastinya juga saya ada bertemu cinta, tapi saya tak nak sebutnya disini, mungkin di lain coretan, because its little bit boring and not good at all. Yang pasti saya telah hanyut kerana cinta itu.


itu saja untuk kali ni...bai

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT DATANG 2013..

Assalamualaikum..

tahun baru datang lagi..baru je beberapa hari lepas genap umur saya 21 tahun, tup2 da kna jadi umur 22 tahun.hehe..cepat betul masa berlalu. Begitu banyak perkara yanag berlaku pada tahun lepas. Jadi apa yang patut dilakukan sekarang adalah tutup buku lama and buka buku baru supaya tahun 2013 ini lebih baik berbanding tahun 2012.

1.1.13 dimana saya mulakan dengan menjadi penganggur berjaya..huhu..terpaksa berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.terasa sayu hati sebab da tak ada kerja.. TAPI....kita x thu apa yang Allah s.w.t telah rancangkan untuk kite di masa hadapan.apa yang perlu kita buat adalah berusaha.

Hajat dihati nak belajar jahit baju.nak ambik kelas and bila dah pandai boleh la ambil upah.orang kata jadi tukang jahit ni masyukk jugak,jadi apa salahnya saya  mencuba. tak rugi rasanya kita mencari ilmu.

Banyak pulak saya membebel ni..hihi.xpasti sama ada orang baca ke x gurisan saya ni.tp kalau baca tolong doakan yang terbaik untuk saya..terima kasih..

:)
:D

bai...

Tuesday 25 December 2012

NAK CANTIK DENGAN BAWAL..?!!

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..hari ini saya nk tunjuk my new produk.Tudung bawal 2 layer.haa bunyi macam biasa je kan. Actually nh adalah tulis terbaru yang saya rasa masih x banyk dalam pasaran. Saya dapat idea dari kawan-kawan tempat kerja lama saya.Bila tanya diorang nak tudung macam mana,semua nak yang bawal 2 layer, jadi setelah berfikir cara nak jahit n design maka bebuah la hasilnya...
.
.
.
.
.
*sory model xbertauliah..heee

Ok..ni la tudung yang saya maksudkan tu. Bawal 2 layer dimana setiaplayer mempunyai warna yang berlainan dan tanpa awning. Ia diperbuat daripada bawal no.2, jadi ia amat selesa dan mudah untuk dipakai atau dibentuk. Kombinasi warnanya juga menarik yang mampu menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. Anda juga boleh tambah apa saja eksoseri untuk nampak lebih cantik.

Ada pelbagai pilihan warna yang lain.





Untuk lihat lebih banyak pilihan tudung sila ke page Zula Shop Online di facebook.

:D
WAALAIKUMUSALAM

Monday 17 December 2012

Rabbit Ear Ribbon Scarf..!!

ASSALAMUALAIKUM..

hai...dalam waktu sibuk-sibuk bekerja,dapat mesej dari my best friend. Bagi 1 idea, idea yang amat baik.Nak thu apa idea beliau.

.
.
.
.
.
Rabbit Ear Ribbon Scarf
Benda kalau kita sedari makin terkenal dalam kalangan artis. Tapi sebenarnya sudah menjadi trend di asia,seperti korea,china dan jepun..

lisa surihani pon pakai dalam cite istanbul aku datang..:)

Jadi dapatkannya SEKARANG..!!


ONLY RM10.00...!!

:D

Tuesday 11 December 2012

F4 VERSI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM..

Saya yakin anda pasti kenal dengan F4, atau flower 4. F4 ni terdapat dalam pelbagai versi, ada versi cina,taiwan,jepun dan korea. Baru-baru ni saya ada tengok balik cerita meteor garden iatu F4 versi taiwan dan tiba-tiba saya ter imaginasi macam mana kalau malaysia pon ada F4.???
Sape agaknya yang layak, yela F4 ni mesti la hensem and mampu mencairkan hati ramai orang. Yang watak perempuannya mestila aktif dan comel..:)



ni adalah versi F4 yang sedia ada.

setelah berfikir dan buat analisi(kononnya), lahir la F4 malaysia ciptaan saya sendiri. Ini cuma idea kosong saya k.terpulang kepada pendapat masing-masing.

1) Watak daoming si(meteor garden) atau goo joon pyo(boy over flower)


iqram dizly
bagi pendapat saya muka iqram ni sedikit sombong dan nakal sikit, sesuai untuk watak ni.:)

2) Watak lei(meteor garden) atau yoon ji hoo(boy over flower)

nazim othman
Nazim othman ni memang hensem sesuai untuk watak pendiam dan cool..

3) watak meizou(meteor garden) atau so yi jung(boy over flower)

fizo omar

taraangg...watak playboy tapi baik..

4) Watak ximen(meteor garden) atau sung woo bin(boy over flower)

kamal adli

lebih kurang watak ximen je.playboy tp baik.

5) Watak shancai(meteor garden) atau geum jan di(boy over flower)

sharifah amani

saya rasa watak aktif dan comel amat sesuai untuk sharifah amani ni.


Itula saja la imaginasi saya di malam hari ni.saja untuk suka-suka,tiada kaitan dengan yang hidup ataupon meninggal dunia.
Pendapat anda pulak macam mana??
bai3....^_^

Monday 3 December 2012

ASSALAMUALAIKUM


Mari-mari,dapatkan baju ekslusif dari zula shop yang dijamin tiada dimana-mana pasaran lagi. Baju t shirt kanak-kanak terdapat dalam saiz s dan m, sesuai untuk kanak-kanak berumur dalam lingkungan 3-5 tahun. Material fabrik 100% cotton yang amant sejuk dan selasa untuk dipakai oleh kanak-kanak.




Terdapat berbagai warna dengan corak i <3 my mama and papa bersama troll face yang menarik. Dapatkan nya dengan harga RM15.00 sahaja. Juga boleh beli secara borong.





JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA :01126062216 (ANIS)

^_^