Tuesday 25 December 2012

NAK CANTIK DENGAN BAWAL..?!!

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..hari ini saya nk tunjuk my new produk.Tudung bawal 2 layer.haa bunyi macam biasa je kan. Actually nh adalah tulis terbaru yang saya rasa masih x banyk dalam pasaran. Saya dapat idea dari kawan-kawan tempat kerja lama saya.Bila tanya diorang nak tudung macam mana,semua nak yang bawal 2 layer, jadi setelah berfikir cara nak jahit n design maka bebuah la hasilnya...
.
.
.
.
.
*sory model xbertauliah..heee

Ok..ni la tudung yang saya maksudkan tu. Bawal 2 layer dimana setiaplayer mempunyai warna yang berlainan dan tanpa awning. Ia diperbuat daripada bawal no.2, jadi ia amat selesa dan mudah untuk dipakai atau dibentuk. Kombinasi warnanya juga menarik yang mampu menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. Anda juga boleh tambah apa saja eksoseri untuk nampak lebih cantik.

Ada pelbagai pilihan warna yang lain.





Untuk lihat lebih banyak pilihan tudung sila ke page Zula Shop Online di facebook.

:D
WAALAIKUMUSALAM

Monday 17 December 2012

Rabbit Ear Ribbon Scarf..!!

ASSALAMUALAIKUM..

hai...dalam waktu sibuk-sibuk bekerja,dapat mesej dari my best friend. Bagi 1 idea, idea yang amat baik.Nak thu apa idea beliau.

.
.
.
.
.
Rabbit Ear Ribbon Scarf
Benda kalau kita sedari makin terkenal dalam kalangan artis. Tapi sebenarnya sudah menjadi trend di asia,seperti korea,china dan jepun..

lisa surihani pon pakai dalam cite istanbul aku datang..:)

Jadi dapatkannya SEKARANG..!!


ONLY RM10.00...!!

:D

Tuesday 11 December 2012

F4 VERSI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM..

Saya yakin anda pasti kenal dengan F4, atau flower 4. F4 ni terdapat dalam pelbagai versi, ada versi cina,taiwan,jepun dan korea. Baru-baru ni saya ada tengok balik cerita meteor garden iatu F4 versi taiwan dan tiba-tiba saya ter imaginasi macam mana kalau malaysia pon ada F4.???
Sape agaknya yang layak, yela F4 ni mesti la hensem and mampu mencairkan hati ramai orang. Yang watak perempuannya mestila aktif dan comel..:)



ni adalah versi F4 yang sedia ada.

setelah berfikir dan buat analisi(kononnya), lahir la F4 malaysia ciptaan saya sendiri. Ini cuma idea kosong saya k.terpulang kepada pendapat masing-masing.

1) Watak daoming si(meteor garden) atau goo joon pyo(boy over flower)


iqram dizly
bagi pendapat saya muka iqram ni sedikit sombong dan nakal sikit, sesuai untuk watak ni.:)

2) Watak lei(meteor garden) atau yoon ji hoo(boy over flower)

nazim othman
Nazim othman ni memang hensem sesuai untuk watak pendiam dan cool..

3) watak meizou(meteor garden) atau so yi jung(boy over flower)

fizo omar

taraangg...watak playboy tapi baik..

4) Watak ximen(meteor garden) atau sung woo bin(boy over flower)

kamal adli

lebih kurang watak ximen je.playboy tp baik.

5) Watak shancai(meteor garden) atau geum jan di(boy over flower)

sharifah amani

saya rasa watak aktif dan comel amat sesuai untuk sharifah amani ni.


Itula saja la imaginasi saya di malam hari ni.saja untuk suka-suka,tiada kaitan dengan yang hidup ataupon meninggal dunia.
Pendapat anda pulak macam mana??
bai3....^_^

Monday 3 December 2012

ASSALAMUALAIKUM


Mari-mari,dapatkan baju ekslusif dari zula shop yang dijamin tiada dimana-mana pasaran lagi. Baju t shirt kanak-kanak terdapat dalam saiz s dan m, sesuai untuk kanak-kanak berumur dalam lingkungan 3-5 tahun. Material fabrik 100% cotton yang amant sejuk dan selasa untuk dipakai oleh kanak-kanak.




Terdapat berbagai warna dengan corak i <3 my mama and papa bersama troll face yang menarik. Dapatkan nya dengan harga RM15.00 sahaja. Juga boleh beli secara borong.





JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA :01126062216 (ANIS)

^_^

Thursday 29 November 2012

Alkisah Chinee

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari jumaat,tetiba plak rasa rindu chinee yang telah pergi tinggal saya buat selamanya lebih kurang sebulan lalu.T_T

Bertemu dengan chinee pada 26/4/2012 saya mula jatuh chinee. Melihat telatahnya yang lincah membuatkan keinginan saya untk membela chinee. Nama chinee tercipta gabungan dri perkataan CHINTA+BUHANI (nama hostel saya,sbb sya jumpa chinee kt situ). Saya bawa naik kebilik hanya niat untuk bermain2 dengan dia,tp tiba2 jari nh tertaip msj meminta kebenaran mami saya untuk bawa balik chinee ke rumah. Setelah berbincang mami saya pon setuju, dan saya tanpa berfikir panjang terus mnyewa kereta dan bwa blik chinee ke rumah. Sekarang baru rasa bersalah sbb curi chinee dari ibu dia..maaf,tp saya sngt sygkan chinee.
taraa...nh chinee masa hari pertama sya jumpa dia..comel!

Saya terpaksa tinggalkan chinee bersama mami sbb kena blik poli,sbb masa tu saya ada lebih kurang 2 bulan lgi untk tamat belajar. Dalam masa 2 bulan tu hari2 saya akan mesaj mami untuk tnya tentang chinee,apa chinee buat,chinee makan apa..hehe..mami cakap akan jaga chinee mcm jga cucu sndiri.:P
Chinee seekor kucing yang lincah, xboleh tgk gerak2 skit mesti nk tangkp. Kat bawah nh ada video chinee.:)


Saya lebih memilih untuk bekerja dikelantan sebab xnak berpisah dengan chinee, tak masuk akal kn tp itu la kebenarannya. Saat bersama chinee sya akan rasa lebih tenang,hilang semua masalah hanya dengan memandang chinee.Tidur bersama, online bersama,bermain bersama. Saya amat rindukan saat2 tu.
tengok naruto bersama chinee
Tapi pada tarikh 4/10/2012 chinee mula jatuh sakit, saya ingat dia cuma demam biasa, tp keesokan harinya kaki chinee mula membengkak dan tambah merungsingkan chinee xnak makan dan hanya minum. Saya nak bawa ke klinik haiwan tp masa tidak mngizinkan tambahan pula saya xde kenderaan. Betapa pilunya hati saya mengenangkan nasib chinee yang sedang sakit.
chinee masa sakit..:(
Setelah lebih kurang 3 hari chinee sakit,pada malam 7/10/2012 chinee sakit tenat, pandangan matanya tidak lagi melihat saya. Hanya henjatan kaki menahan sakit ketika nyawanya dicabut. Air mula keluar melalui hidung dan mulut. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu, hanya tangisan yang dapat diluahkan.
Chinee telah pergi,tubuhnya terbujur kaku.
Ya, inilah kesudahannya. Chinee dijaga dengan penuh kasih sayang tp ajalnya telah tiba, dan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. saya redha dengan ketentuan-Nya.Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kasih sayang saya terhadap chinee.Chinee telah hadir membahagiakan hari2 saya walaupon sekejap.
chinee bersama patung kesayangan

geramm..

saya dan chinee

gelagat chinee


Moga satu hari saya akan mendapt pengganti yang sama seperti chinee,INSYAALLAH.

itu saja untuk kali nh..daaa..



Wednesday 28 November 2012

PURE MARINE COLLAGEN

ASSALAMUALAIKUM W.T.B DAN SELAMAT PAGI

Pagi2 ni pada hari berkerja teringin plak nk berkongsi tentang PURE MARINE COLLAGEN. Saya yakin da ramai yang tahu tentang pure marine collagen nh tp hari nh saya nak berkongsi sebagai pengguna collagen ini. Pada mulanya macam tak percaya betul ke boleh cantik dengan harga serendah RM25.00 tp dengan perasaan ingin mencuba saya mulakan dengan membeli 100gram.rupanya macam ni:


pure marine collagen
100gram ni boleh la simpan untk sebulan makan, tu pon klau makan seorang la. Bila habis paket pertama saya dapat rasakan perubahan seperti mudah buang air besar, kulit muka btambah licin (sbb wt mask tiap2 malam),kulit bertambah cerah dari dalam. Mak saya pon ada guna pure marine collagen nih. Apa yang saya dapat lihat perubahan pada mak saya adalah tido xbedengkur berbanding dengan dulu,kurang sakit urat, dan awet muda..:)

boleh buat mask
Sekarang dah masuk 3 bulan saya menggunakan pure marine collagen ini,apa yang dapat saya rasakan adalah lebih bertenaga, kulit putih dah gebu, dan banyak lagi khasiatnya yang anda boleh rasai bila cubanya sendiri. Saya amat setuju jika makin ramai yang menggunakn collagen ini kerana ia murah, jimat, tiada bahan kimia, tiada kesan sampingan dan yang paling penting ianya berkesan.

Antara khasiatnya:-
=============
# Nilai nutrisi kolagen 10X ganda lebih tinggi daripada SIRIP IKAN YU yang bernilai satu mangkuk kecil RM300.

# Khasitanya sama dengan SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG yang bernilai RM400.00 hingga ribuan ringgit.

# 24% Kolagen nya bersamaan 2 keping SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG
Kalsium 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan


Sesuai untuk:
=========

# Masalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)

# Luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)

# Warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)


Kesan pengambilan Pure Marine Collagen
===============

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon

-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan

-Memejalkan payudara, otot dan punggung

-Menyihatkan rambut dan kuku

-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid

-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur

-Mengurangi selulit

-Memberi tenaga

-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang

-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis

-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot

-Merawat penyakit gout

-Mencegah kanser/tumor

-Menurunkan tekanan darah tinggi

-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik

-Anti bakteria/kulat

-Merawat anemia

-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh

-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)

-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit

-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut

-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka

-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)

-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas

-Menberikan rasa kekenyangan (diet)

-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


**Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
 
pure marine collagen yang telah siap dimasak
 

Cara Penggunaan :

1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)


Cara Membuat Masker :

1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


SELAMAT MENCUBA.:)







Tuesday 27 November 2012

SUDAH SERVIS AIRCOND KERETA ANDA?


SEDIKIT INFO TENTANG SERVIS AIRCOND.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu akan kepentingan servis aircond. Bila berlaku kerosakan baru la nk repair dan masa tu dah terpaksa keluar kos sampai beribu2 ringgit. kebanyakkan pengguna hanya tahu tambah gas sahaja, padahal terdapat beberapa kompenan penting yang harus diservis.

Perodua telah mengeluarkan jadual dimana aircond perlu diservis setiap 30,000km sekali, bermakna servis perlu dilakukan pada 60,000km, 90,000km dan seterusnya. Selain untuk memastikan aircond sentiasa berfungsi dengan baik, servis aircond juga adalah untuk memanjangkan jangka hayat compressor. Di dalam compressor terdapat sejenis minyak iatu 'compressor oil' yang perlu ditukar setiap 30,000km sekali.

Antara prosedur servis aircond:

  1. Saluran aircond akan diperiksa menggunakan mesin khas untuk memastikan samada terdapat kebocoran pada hose atau cooling coil.
  2.  Jika tiada sebarang masalah, servis akan diteruskan dengan membuka deskboard untuk keluarkan blower. kemudian blower tersebut akan dicuci sebersih-bersihnya. Ini kerana jika blower tidak dibersihkan, cooling coil akan tersumbat dengan habuk.
  3. Seterusnya, saluran aircond akan divacum untuk membuang compressor oil  dan gas yang lama.Juga untuk menyingkirkan habuk.
  4. Sejurus selepas divacum, compressor oil dan gas yang baru akan di isi.
  5. Akhir sekali, suhu aircond akan disukat menggunakan thermometer.
Kebaikan servis aircond:

1. Memanjangkan jangka hayat compressor aircond.
2. komponen lain tidak rosak.
3. Jimat masa dan wang.
4. Aircond sentiasa dalam keadaan baik.
5. Mengelakkan daripada berlaku kerosakan yang besar.
6. Mengelakkan cooling coil dari tersumbat .
7. Memastikan tiada udara didalam sistem aircond.


Keburukan jika aicond tidak diservis:

1. Komponen aircond cepat rosak.
2. Kalau compressor aircond rosak, komponen aircond lain mesti ditukar (cooling coil, condensor, expansion valve, receiver dryer dan paip).
3. Harga upah mahal kerana perlu buka dash board dan bumper depan.
4. Buang masa.

Itulah serba sedikit saya berkongsi tentang kebaikkan servis aircond kereta anda. Maafkan saya jika ada kesilapan, yang buruk itu datang dari saya, yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T. Akhir kata servislah aircond kereta anda.
Untuk keterangan yang lebih lanjut sila ke tempat servis anda..
baii....
^_^

Monday 26 November 2012


saya xde la minat menjahit,tp saya minat menjual..hihi.nh sarung bantal yang dijahit oleh saya,saya guna kain yang berkualiti.bru cuba-cuba jual melalui online.kain amat selesa dan tidak luntur bila dibasuh.
Untuk lihat lebih bnyk produk,kunjungi zula shop online di facebook.
www.facebook.com/ZulaShopOnline
^_^

PERMULAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Assalamualaikum sahabat..
mencuba sesuatu yang baru bukanlah perkara yang mudah. Begitu juga untuk memperoleh kejayaan yang di idamkan. Tapi yakinlah, rezeki itu telah ditetapkan bagi setiap hamba-Nya.

^_^