Thursday 29 November 2012

Alkisah Chinee

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari jumaat,tetiba plak rasa rindu chinee yang telah pergi tinggal saya buat selamanya lebih kurang sebulan lalu.T_T

Bertemu dengan chinee pada 26/4/2012 saya mula jatuh chinee. Melihat telatahnya yang lincah membuatkan keinginan saya untk membela chinee. Nama chinee tercipta gabungan dri perkataan CHINTA+BUHANI (nama hostel saya,sbb sya jumpa chinee kt situ). Saya bawa naik kebilik hanya niat untuk bermain2 dengan dia,tp tiba2 jari nh tertaip msj meminta kebenaran mami saya untuk bawa balik chinee ke rumah. Setelah berbincang mami saya pon setuju, dan saya tanpa berfikir panjang terus mnyewa kereta dan bwa blik chinee ke rumah. Sekarang baru rasa bersalah sbb curi chinee dari ibu dia..maaf,tp saya sngt sygkan chinee.
taraa...nh chinee masa hari pertama sya jumpa dia..comel!

Saya terpaksa tinggalkan chinee bersama mami sbb kena blik poli,sbb masa tu saya ada lebih kurang 2 bulan lgi untk tamat belajar. Dalam masa 2 bulan tu hari2 saya akan mesaj mami untuk tnya tentang chinee,apa chinee buat,chinee makan apa..hehe..mami cakap akan jaga chinee mcm jga cucu sndiri.:P
Chinee seekor kucing yang lincah, xboleh tgk gerak2 skit mesti nk tangkp. Kat bawah nh ada video chinee.:)


Saya lebih memilih untuk bekerja dikelantan sebab xnak berpisah dengan chinee, tak masuk akal kn tp itu la kebenarannya. Saat bersama chinee sya akan rasa lebih tenang,hilang semua masalah hanya dengan memandang chinee.Tidur bersama, online bersama,bermain bersama. Saya amat rindukan saat2 tu.
tengok naruto bersama chinee
Tapi pada tarikh 4/10/2012 chinee mula jatuh sakit, saya ingat dia cuma demam biasa, tp keesokan harinya kaki chinee mula membengkak dan tambah merungsingkan chinee xnak makan dan hanya minum. Saya nak bawa ke klinik haiwan tp masa tidak mngizinkan tambahan pula saya xde kenderaan. Betapa pilunya hati saya mengenangkan nasib chinee yang sedang sakit.
chinee masa sakit..:(
Setelah lebih kurang 3 hari chinee sakit,pada malam 7/10/2012 chinee sakit tenat, pandangan matanya tidak lagi melihat saya. Hanya henjatan kaki menahan sakit ketika nyawanya dicabut. Air mula keluar melalui hidung dan mulut. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu, hanya tangisan yang dapat diluahkan.
Chinee telah pergi,tubuhnya terbujur kaku.
Ya, inilah kesudahannya. Chinee dijaga dengan penuh kasih sayang tp ajalnya telah tiba, dan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. saya redha dengan ketentuan-Nya.Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kasih sayang saya terhadap chinee.Chinee telah hadir membahagiakan hari2 saya walaupon sekejap.
chinee bersama patung kesayangan

geramm..

saya dan chinee

gelagat chinee


Moga satu hari saya akan mendapt pengganti yang sama seperti chinee,INSYAALLAH.

itu saja untuk kali nh..daaa..



No comments:

Post a Comment