Tuesday 27 November 2012

SUDAH SERVIS AIRCOND KERETA ANDA?


SEDIKIT INFO TENTANG SERVIS AIRCOND.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu akan kepentingan servis aircond. Bila berlaku kerosakan baru la nk repair dan masa tu dah terpaksa keluar kos sampai beribu2 ringgit. kebanyakkan pengguna hanya tahu tambah gas sahaja, padahal terdapat beberapa kompenan penting yang harus diservis.

Perodua telah mengeluarkan jadual dimana aircond perlu diservis setiap 30,000km sekali, bermakna servis perlu dilakukan pada 60,000km, 90,000km dan seterusnya. Selain untuk memastikan aircond sentiasa berfungsi dengan baik, servis aircond juga adalah untuk memanjangkan jangka hayat compressor. Di dalam compressor terdapat sejenis minyak iatu 'compressor oil' yang perlu ditukar setiap 30,000km sekali.

Antara prosedur servis aircond:

  1. Saluran aircond akan diperiksa menggunakan mesin khas untuk memastikan samada terdapat kebocoran pada hose atau cooling coil.
  2.  Jika tiada sebarang masalah, servis akan diteruskan dengan membuka deskboard untuk keluarkan blower. kemudian blower tersebut akan dicuci sebersih-bersihnya. Ini kerana jika blower tidak dibersihkan, cooling coil akan tersumbat dengan habuk.
  3. Seterusnya, saluran aircond akan divacum untuk membuang compressor oil  dan gas yang lama.Juga untuk menyingkirkan habuk.
  4. Sejurus selepas divacum, compressor oil dan gas yang baru akan di isi.
  5. Akhir sekali, suhu aircond akan disukat menggunakan thermometer.
Kebaikan servis aircond:

1. Memanjangkan jangka hayat compressor aircond.
2. komponen lain tidak rosak.
3. Jimat masa dan wang.
4. Aircond sentiasa dalam keadaan baik.
5. Mengelakkan daripada berlaku kerosakan yang besar.
6. Mengelakkan cooling coil dari tersumbat .
7. Memastikan tiada udara didalam sistem aircond.


Keburukan jika aicond tidak diservis:

1. Komponen aircond cepat rosak.
2. Kalau compressor aircond rosak, komponen aircond lain mesti ditukar (cooling coil, condensor, expansion valve, receiver dryer dan paip).
3. Harga upah mahal kerana perlu buka dash board dan bumper depan.
4. Buang masa.

Itulah serba sedikit saya berkongsi tentang kebaikkan servis aircond kereta anda. Maafkan saya jika ada kesilapan, yang buruk itu datang dari saya, yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T. Akhir kata servislah aircond kereta anda.
Untuk keterangan yang lebih lanjut sila ke tempat servis anda..
baii....
^_^

No comments:

Post a Comment